INTIM, 18 Januari 2016 - Pengarah JAIPk, Ybhg. Dato' Hj. Mohd Yusof b. Hj. Husin telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2016 yang bertempat di Institusi Tadbiran Islam Perak. Turut serta ialah YB Dato' Drs. Mohd Nizar b. Zakaria bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Majlis telah dihadiri lebih kurang 345 orang kakitangan jabatan dari semua unit, bahagian, pejabat agama daerah dan sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Perak. Perhimpunan yang bermula jam 09.00 pagi itu dimulai dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Perkhidmatan Awam, bacaan doa, Ikrar, persembahan nasyid dan diikuti dengan ucapan oleh Yang Berhormat Dato' Pengarah.

Pihak pengurusan mengamanatkan kakitangan awam agar bekerja dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam menjalankan tugas harian. Beliau juga menasihati supaya berhemah dalam perbelanjaan. Dalam ucapan beliau juga meminta semua kakitangan baru dan lama memberikan komitmen sepenuhnya kepada peraturan Jabatan serta sentiasa mengamalkan dan melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Perlaksanaan HRMIS harus dilaksanakan sepenuhnya untuk menjadi KPI pada tahun ini.

Pihak pengurusan juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga JAIPk yang bakal bersara atau bertukar bermula dari Januari 2016 hingga Mac 2016. Bakal bersara atau bertukar
berkenaan juga menerima cenderahati daripada pengarah. Pihak pengurusan mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan staf yang menerima Anugerah Pengurusan Terbaik 2015 bagi kategori Bahagian, Pejabat Agama Daerah dan Sekolah. Semoga dengan penganugerahan ini dapat mempertingkatkan lagi prestasi kerja dan memberi sumbangan demi meningkatkan imej JAIPk disamping sebagai pendorong kepada pegawai & staf yang lain dalam usaha untuk meningkatkan prestasi kerja.

Turut diselitkan dalam majlis tersebut ialah ucapan dari YB Dato' Drs. Mohd Nizar b. Zakaria yang mengupas ucapan Yang Berhormat Dato' Pengarah. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa masalah sosial masa kini adalah tanggungjawab bersama. Bukan tugas individu, Jabatan Agama atau organisasi tertentu sahaja tetapi meliputi setiap peringkat, bahkan agensi-agensi yang terlibat perlu memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu ini.

Perak Islamic Department
Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Tel: +(60) 05-2084800
Fax: +(60) 05-2555512
Email: jaipk[at]perak[dot]gov[dot]my

Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome with 1024 x 768 resolution and above.
This website uses RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Friday 02 December 2022.

Today 297

Yesterday 314

This Week 4446

This Month 2768

Total Visitors 17174968

Menu type not exists!
Test

sasasasasasasasa