• Laman Utama
  • CORPORATE
  • Profil Jabatan
  • Sejarah Penubuhan

Pada 10 Ogos 1947, satu perjumpaan alim ulama dari seluruh negeri Perak telah diadakan di Kuala Kangsar. Perjumpaan tersebut telah menghasilkan satu resolusi mengenai kepentingan penubuhan sebuah Majlis Agama Islam di Perak khususnya dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu amnya. Semenjak itu, organisasi Pentadbiran Agama Islam mula diwujudkan dan dikenali sebagai Balai Syarak yang berpusat di Kuala Kangsar.

Susulan daripada perjumpaan tersebut, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak ditubuhkan pada 2 Ogos 1949. Peranan jabatan ini pada masa itu adalah untuk memberi bimbingan dan pendidikan berkaitan agama Islam kepada masyarakat. Seterusnya diikuti dengan penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pada 23 Oktober 1949 yang bertujuan untuk menasihati dan membantu Sultan dalam hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Melayu sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Undang-Undang Majlis ini telah diluluskan pada 1 Mei 1952.

Mengikut Enakmen Undang-undang di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2004, suatu perbadanan bernama “Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak‚ ditubuhkan (sebelum ini ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Undang-Undang Pentadbiran Ugama 1965) dan menjadi suatu badan yang kekal turun temurun.

Perak Islamic Department
Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Tel: +(60) 05-2084800
Fax: +(60) 05-2555512
Email: jaipk[at]perak[dot]gov[dot]my

Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome with 1024 x 768 resolution and above.
This website uses RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Monday 28 September 2020.

Today 21

Yesterday 8

This Week 21

This Month 552

Total Visitors 16150046

Menu type not exists!
Test

sasasasasasasasa