Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Piagam Pelanggan 2

PIAGAM PELANGGAN BAGI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERAK
(Kemaskini 1 Mac 2021)


  • 1. Mengeluarkan Perakuan Pemelukan Islam dalam tempoh 3 hari bekerja setelah dokumen lengkap diperolehi.
  • 2. Mengeluarkan Kad Perakuan Memeluk Agama Islam dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima.
  • 3. Mengeluarkan kebenaran berkahwin dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah menerima borang permohonan yang lengkap dan mematuhi hukum syarak.
  • 4. Mengambil tindakan terhadap aduan pengurusan nikah, cerai dan rujuk yang diterima dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • 5. Memproses permohonan bantuan perkapita sekolah agama dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
  • 6. Mengeluarkan surat kebenaran penubuhan institusi pendidikan agama yang membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • 7. Mengeluarkan sijil pendaftaran dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh mesyuarat pendaftaran institusi pendidikan agama setelah mendapat ulasan 4 agensi yang berkaitan.
  • 8. Mengeluarkan keputusan pensijilan halal dalam tempoh 60 hari selepas permohonan dan pembayaran yang lengkap diterima.
  • 9. Mengeluarkan keputusan tauliah penyembelihan dalam tempoh 3 hari selepas ujian dan temuduga dijalankan.
  • 10. Menjalankan penyelidikan ke atas maklumat ajaran dan doktrin yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • 11. Menjalankan penyelidikan ke atas maklumat penyalah gunaan bahan Al-Quran dalam masa tujuh (7) hari bekerja.
  • 12. Mengkaji buku-buku, majalah dan bahan disyaki bercangggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.
  • 13. Mengambil tindakan penguatkuasaan dalam tempoh 24 jam kepada semua aduan dan maklumat yang diterima atas Kesalahan Jenayah Syariah.
  • 14. Memastikan semua Pegawai Jabatan Agama Islam Perak mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
  • 15. Memaklumkan keputusan pengambilan pelajar baharu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup permohonan.
  • 16. Memproses permohonan penggunaan prasarana Kompleks INTIM dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  • 17. Menyediakan khutbah Jumaat menurut isu semasa dan mengedarkannya selewatnya dua (2) hari sebelum khutbah dibaca.
  • 18. Menyelesaikan urusan pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diperolehi.
  • 19. Memastikan setiap aduan yang diterima mendapat maklum balas dalam tempoh 14 hari bekerja.



Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Tuesday 19 March 2024. Total Visitors 17532022

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH