Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Majlis Executive Talk & Perutusan Tahun Baru 2018

29 Januari 2018, satu Majlis ‘Executive Talk’ dan Perutusan Tahun Baru 2018 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak. Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah JAIPk, Ybhg. Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin.

Turut serta bagi memeriahkan majlis ini yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, YB Dato. Mohd Nizar bin Zakaria dan menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2018 kepada semua penjawat awam JAIPk dan turut dilancarkan buku panduan pengurusan majlis dan acara pada majlis tersebut.

Majlis ini dihadiri seramai 400 penjawat awam dari semua Bahagian, Pejabat Agama Daerah, Sekolah dan Maahad Tahfiz di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Perak. Majlis yang bermula jam 10.00 pagi dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Perak, bacaan doa, Ikrar Integriti Penjawat Awam, Persembahan Montaj dan diikuti dengan Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Turut berlangsung majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) JAIPk yang disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak Datuk Zainul Darus.

Majlis ini diakhiri dengan makan tengah hari secara santai. Diharap dengan pengajuran majlis seperti ini dapat memberi manfaat dan ilmu yang berharga kepada penjawat awam JAIPk dalam menyahut seruan jabatan untuk menjadi penjawat yang efisyen dan berintegriti selari dengan tuntutan dan kehendak semasa jabatan.






Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Wednesday 01 May 2024. Total Visitors 17567314

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH