Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Tahun 1437H / 2015M

14 Oktober 2015, Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1437H/2015M yang berlangsung di Pusat Konvensyen Aman Jaya Casuarina @ Meru.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan.

Datuk Mohamad Kazim Elias merupakan tokoh Maál Hijrah Perak telah menerima wang tunai RM10,000, pakej umrah, medal, plak dan hadiah iringan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIPk). Beliau dipilih berikutan sumbangan besarnya dalam menyampaikan dakwah di negeri ini.

Bekas Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1999, Tun Dr Ahmad Sarji Abdul Hamid merupakan Tokoh Ar-Ridzuan 1437. Beliau kini dilantik sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dipilih menerima anugerah berkenaan berikutan sumbangan besar beliau dalam pelbagai bidang baik ketika menjawat jawatan sebagai penjawat awam mahupun selepas bersara.






Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Tuesday 21 May 2024. Total Visitors 17579507

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH