Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah sebenarnya fungsi JAIPk ?
Jabatan Agama Islam Negeri Perak berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah di negeri Perak dan juga memberi bimbingan dan pendidikan berkaitan agama Islam kepada semua lapisan masyarakat.

2. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada JAIPk?
Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan boleh di hantar melalui Borang Maklumbalas & Cadangan di laman web rasmi JAIPk.

3. Bagaimanakah cara untuk saya membuat aduan berkenaan Jenayah Syariah seperti kes khalwat, bersekedudukan, ajaran sesat atau yang boleh mencemar kesucian Agama Islam yang berlaku di persekitaran saya?
Aduan jenayah syariah perlu dikemukakan melalui Borang Aduan yang boleh dimuat turun melalui laman web utama JAIPk. Borang Aduan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar/email semula kepada kami untuk tujuan siasatan. Sekiranya aduan memerlukan tindakan segera, Talian Hotline Bhgn. Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIPk boleh dihubungi di talian 05-2563549 (malam) dan 05-2548876 (siang).

4. Bolehkah saya memohon jawatan di Jabatan Agama Islam Perak?
Tidak. Segala urusan permohonan jawatan hendaklah dikemukakan kepada pihak yang berkaitan iaitu :- Jawatan Sambilan / Sementara : Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) Jawatan Tetap : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak (SPA)

5. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan maklumat berkenaan nikah, cerai dan ruju' serta khidmat kaunseling yang bertauliah?
Maklumat berkenaan nikah, cerai dan ruju' serta khidmat kaunseling yang bertauliah boleh didapati dengan melayari Laman Aplikasi Sistem e-Nikah melalui pautan yang disediakan di laman web rasmi JAIPk. Panggilan terus juga boleh dilakukan dengan menghubungi Bhgn. Pembangunan Keluarga (JAIPk) di talian 05-2084853 atau 05-2084848.

6. Apakah dasar privasi portal?
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

7. Dimanakah iklan tender dan sebut harga JAIPk yang terkini?
Iklan tender dan sebutharga JAIPk boleh didapati dan dimuat turun di laman utama laman web rasmi JAIPk di Iklan.

8. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi JAIPk?
JAIPk boleh dihubungi dialamat berikut : JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERAK, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN, JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB, 30000 IPOH, PERAK atau hubungi operator JAIPk di talian 05-2084800.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.