BAHAGIAN DAKWAH
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
TINGKAT 6, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN
Telefon : 05-2084800
MISI BAHAGIAN DAKWAH
- Meningkatkan kefahaman Islam yang sebenarnya kepada masyarakat.
- Memberikan perkhidmatan kebajikan dan pendidikan kepada saudara baru.
- Menganjur dan melaksanakan program dan aktiviti bagi mengimarahkan masjid.
OBJEKTIF BAHAGIAN DAKWAH
- Memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya kepada masyarakat.
- Melahirkan masyarakat Muslim yang memahami pengajian Islam dan mengamalkannya.
- Menambahkan penganut-penganut baru Islam yang memahami dan beramal dengan pengajaran Islam.
PIAGAM PELANGGAN
- Memulakan komunikasi atas semua urusan dengan "Assalammualaikum".
- Memberikan layanan mesra, cekap dan amanah kepada semua urusan.
- Menambah peningkatan bilangan pemeluk Islam sebanyak 100% setiap tahun.
- Menyebarkan dakwah Islamiah serta berusaha memberikan khidmat sosial dan kebajikan yang berkualiti dan terbaik.
- Memantapkan aqidah Islamiah dan mengambil tindakan segera ke atas sebarang penyelewengan masyarakat Islam.
- Memberi perkhidmatan rundingcara kepada pelanggan sebaik sahaja permohonan diterima.
- Meluluskan permohonan perkahwinan dalam masa 1 minggu.
- Menyediakan khutbah Jumaat menurut isu semasa.
- Menyeragamkan perubahan - perubahan terkini terhadap kurikulum dan ko-kurikulum Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat peringkat rendah dan
menengah dari semasa ke semasa dalam tempoh 3 bulan. - Melaksanakan kurikulum dan ko-kurikulum yang telah dirancangkan ke tahap terbaik.
- Berusaha mempastikan kelulusan peperiksaan PMR dan SPM mencapai 70% bagi Sekolah Agama Rakyat.
- Meluluskan permohonan bantuan pembangunan fizikal Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat tidak lewat dari 3 bulan dari tarikh permohonan.
- Berusaha mempastikan pencapaian keputusan peperiksaan pangkat terbaik bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM sebanyak 90% bagi Sekolah-Sekolah Agama Negeri.
- Mengambil tindakan penguatkuasaan serta merta kepada semua aduan dan maklumat yang diterima atas kesalahan jenayah syarak.
FUNGSI
- Menguruskan program rasmi keagamaan.
- Menguruskan senarai penceramah bertauliah dan penyusunan jadual kuliah agama di jabatan/ agensi, institusi, kolej sebagai-mana yang dipohon.
- Menguruskan permohonan tauliah mengajar agama dan kebenaran menganjur-kan ceramah.
- Menguruskan program dakwah tahunan kepada kumpulan sasaran tertentu.
- Menerbitkan bahan bercetak berunsurkan dakwah.
- Menulis dan menerbit teks khutbah, artikel dan lain-lain.
- Menguruskan pengislaman dan pendaftaran saudara baru.
- Mentadbir rumah perlindungan saudara baru (Darul Hidayah).
- Menguruskan kursus kefahaman Islam yang berkaitan saudara baru.