Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Bahagian Pengurusan Masjid

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID
JALAN DATO' SAGOR
30000 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
No. Telefon : 05-2548853


PROFIL BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID


SEJARAH BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID

Sejarah penubuhan Bahagian Pengurusan Masjid adalah berasal daripada salah sebuah unit di dalam Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridzuan, mulai tahun 1986 iaitu selepas penyusunan semula carta organisasi Jabatan Hal Ehwal Agama Perak.

Pada keseluruhannya Unit ini bertanggungjawab kepada Jabatan Agama Islam Perak secara khusus mengenai masjid dan surau dalam Negeri Perak dari sudut pentadbiran, pengurusan dan membantu usaha-usaha pembangunan. Sebelum unit ini diwujudkan, pentadbiran dan pengurusan masjid adalah di bawah Bahagian Wakaf dan Masjid Jabatan Hal Ehwal Ugama Perak.

Pada Mei 2000 Unit Kariah telah dipindahkan ke Masjid Sultan Idris Shah 11 (Masjid Negeri), Ipoh dan dinaiktaraf menjadi Bahagian Pengurusan Masjid. Walaubagaimanapun Bahagian ini hanyalah diwujudkan atas dasar Pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak sahaja dan kini sedang menunggu kelulusan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

PENUBUHAN

Kewujudan Bahagian Pengurusan Masjid ini adalah selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 Bahagian VI (Masjid dan Tempat Ibadah). Pada masa ini terdapat sebanyak 580 buah masjid dan hampir 2 000 buah surau dalam Negeri Perak yang didaftarkan dalam pentadbiran bahagian ini.

OBJEKTIF

  • Mengembalikan fungsi dan peranan Masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Syarak.
  • Menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan Umat Islam, pusat penyebaran ilmu dan maklumat dan pemangkin kepada kemajuan Umat Islam di dunia dan di akhirat.
  • Merealisasikan Umat Islam sebagai umat yang terbaik.
FUNGSI
  • Menguruskan pelantikan dan pentauliahan Ahli Jawatankuasa Qaryah.
  • Menguruskan lantikan dan pentauliahan pegawai masjid.
  • Menyelia dan mengawal perjalanan masjid dan surau.
  • Menguruskan program dan latihan kepada Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid.
  • Menguruskan kelas pengajian Takmir di masjid dan surau
  • Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan pengimarahan masjid daerah.

MASJID YANG DIBIAYAI SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN

  • Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Ipoh Perak.
  • Masjid DiRaja Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak
  • Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh Perak

* Kesemua Masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan dan dibekalkan dengan Pegawai Masjid tetap daripada kakitangan Kerajaan.

SENARAI MASJID DAERAH

  • Daerah Hilir Perak - Masjid Sultan Idris Shah II, Teluk Intan.
  • Daerah Kuala Kangsar - Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar.
  • Daerah Taiping - Masjid Daerah Taiping.
  • Daerah Manjung - Masjid Nurul Hidayah, Manjung.
  • Daerah Kerian - Masjid Daerah Kerian.
  • Daerah Perak Tengah - Masjid Radziatul Mardziah, Pekan Parit.
  • Daerah Hulu Perak - Masjid Jamek Gerik.
  • Daerah Kinta - Masjid Daerah Kinta, Batu Gajah
  • Daerah Batang Padang - Masjid Jamek Tapah.

* Semua Masjid Daerah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan disediakan seorang Imam, seorang Bilal dan seorang Siak dari kalangan kakitangan tetap Kerajaan.

SENARAI MASJID DAERAH KECIL

  • Daerah Pengkalan Hulu - Masjid Iskandari Pengkalan Hulu.
  • Daerah Lenggong - Masjid Jamek Lenggong.
  • Daerah Sungai Siput - Masjid Ghufraniah Sungai Siput.
  • Daerah Selama - Masjid Rushdiah Pekan Selama.
  • Daerah Bagan Serai - Masjid Jamek Bagan Serai.
  • Daerah Kampong Gajah - Masjid Sultan Azlan Shah, Kg. Gajah.
  • Daerah Kampar - Masjid An Nur, Kampar.
  • Daerah Slim River - Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River.
  • Daerah Ipoh - Masjid Raja Nazrin Shah, Rapat Jaya Tambahan.

* Semua Masjid Daerah Kecil dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah dan akan disediakan Pegawai Masjid seperti Masjid-Masjid Daerah.

BILANGAN MASJID KARIAH

Selain daripada kategori di atas terdapat sebanyak 550 buah Masjid Kariah di seluruh Negeri Perak.

JAWATANKUASA KARIAH DALAM NEGERI PERAK

Setiap kariah Masjid dan Surau Diri Jumaat mempunyai lima belas (15) orang jawatankuasa yang dilantik mengikut Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998 yang terdiri daripada :

  • Pengerusi - 1 orang
  • Timbalan Pengerusi - 1 orang
  • Setiausaha - 1 orang
  • Penolong Setiausaha - 1 orang
  • Bendahari - 1 orang
  • Jawatankuasa - 10 orang

Selain daripada Jawatankuasa masjid terdapat Pegawai-Pegawai Masjid dengan purata 4 orang Imam, 4 orang Bilal dan 2 orang siak di setiap buah masjid.

SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

  • Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992
  • Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998
  • Kaedah Pegawai-Pegawai Masjid 1998

SENARAI TUGAS BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID

  • Mentadbir dan menguruskan pentadbiran masjid-masjid seluruh Negeri Perak terutamanya Masjid Sultan Idris Shah 11 (Masjid Negeri) dan Maahad Tahfiz Al-Quran
  • Mentadbir dan melibatkan diri dalam kegiatan ibadat di masjid- masjid seluruh Negeri Perak terutamanya Masjid Sultan Idris Shah 11 (Masjid Negeri)
  • Menjadi urusetia Hari-Hari Kebesaran Islam dan upacara rasmi Jabatan Peringkat Negeri Perak
  • Menguruskan Perlantikan dan perlucutan jawatan Pegawai-Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau
  • Membuat kajian dan laporan mengenai masjid dan surau bagi keperluan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak serta Jawatankuasa lain seperti Jawatankuasa Syariah dan Jawatankuasa Baitulmal.
  • Merancang Kursus Peningkatan Kualiti kepada Jawatankuasa Masjid dan Pegawai-Pegawai Masjid seluruh Negeri Perak.
  • Menjaga kebajikan warga masjid dan surau seperti Bantuan Haji Percuma dan Saguhati Haji kepada Pegawai Masjid, Pemilihan Masjid dan Tanah Perkuburan Terbaik dan Saguhati Tahunan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.
  • Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan Bahagian Pengurusan Masjid.
  • Mengendalikan urusan penentuan arah kiblat masjid dan surau.

Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 15 Mac 2024. Jumlah Pelawat: 17531823

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH