Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah, saya mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnianya, maka Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah dapat mewujudkan sebuah laman web sendiri mengikut arus perkembangan teknologi IT terkini. Saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pengunjung yang melayari laman web Jabatan Agama Islam Negeri Perak ini.

Dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat hari ini, dunia menjadi tanpa sempadan. Penyaluran dan pencarian maklumat boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Kita seharusnya menggunakan kemudahan yang ada ini dengan bijak dan semaksima mungkin untuk menyalur dan mendapatkan maklumat demi kebaikan diri, agama, bangsa dan negara.

Laman web ini diwujudkan dengan tujuan memudahkan orang ramai lebih mengenali dan mendapat gambaran sebenar tentang fungsi dan peranan Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan lebih jelas.

Adalah diharapkan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini dapat memberi faedah dan manfaat kepada semua pengunjung. Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen untuk memperbaiki halaman ini dari masa ke semasa.

Sekian, wassalam.

“Merintis Kegemilangan Ummah"
 
S.F TUAN HAJI HARITH FADZILAH BIN HAJI ABDUL HALIM
PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

 


Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 26 April 2024. Jumlah Pelawat: 17563444

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH