IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mendapati acara Sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Surau Al-Qamar di Taman Pengkalan Hulu Utama, dekat sini pada 1 Februari lalu telah melanggar garis panduan yang ditetapkan.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata pada 31 Januari lalu pihaknya telah menerima maklumat daripada Jawatankuasa Surau itu berkenaan usul mengadakan program tersebut.

Ujarnya Jawatankuasa Surau memaklumkan ia diadakan sebagai memupuk semangat perpaduan selain mahu membuktikan Islam mengamalkan semangat kerjasama dengan pelbagai kaum dan agama lain.

Katanya JAIPk juga telah memberi ingatan supaya mematuhi arahan yang ditetapkan JAIPk selain tidak membenarkan sebarang aktiviti berunsurkan kepartian berlangsung di dalam mahupun kawasan surau.

Ujarnya berdasarkan maklumat pada 3 Februari, JAIPk mendapati semasa program itu berlangsung telah berlaku acara-acara seperti tarian singa dan membakar mercun selain didapati Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh turut berucap dalam kawasan surau.

“Menjemput Ahli Parlimen untuk berucap dalam program sambutan tersebut mungkin boleh dilihat sebagai satu perbuatan yang bercanggah dengan arahan yang pernah dikeluarkan JAIPk.

“Berkemungkinan juga ia melanggar sebahagian daripada Peraturan 23, Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015 yang memperuntukkan pengerusi hendaklah menjalankan apa-apa tugas lain yang diarahkan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, hasil tinjauan ke surau tersebut, JAIPk turut mengesan sisa taburan pembakaran mercun di luar pagar surau.

Ekoran itu katanya pada kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Surau telah menghantar surat permohonan maaf kepada JAIPk dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Mohd Yusop memaklumkan laporan lengkap berkenaan kejadian itu akan dibentangkan dalam Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang akan datang.

“Pada asasnya, JAIPk tidak menghalang malah menyokong mana-mana penganjuran program yang bertujuan untuk menyuburkan perasaan muhibah selain dapat meningkatkan nilai kefahaman antara kaum dan agama dalam kalangan rakyat.

“Namun, JAIPk menegaskan bahawa bentuk acara yang berlangsung dalam kawasan masjid atau surau, wajib menghormati perasaan sensitiviti umat Islam serta tidak bercanggah dengan tatasusila adab Melayu menghormati tempat ibadat.

“Kemuliaan masjid dan surau hendaklah dipelihara bersandarkan adab yang digariskan oleh Islam dan tatasusila Melayu,” katanya.

Beliau turut menegaskan agar semua Jawatankuasa Masjid dan Surau di seluruh Perak untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti bermotifkan politik oleh mana-mana pihak yang mahu mendapatkan pengaruh politik.

Sumber : Perak Todays

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Perak
Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Tel: +(60) 05-2084800
Fax: +(60) 05-2555512
Emel: jaipk[at]perak[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 20 Februari 2020.

Harini 188

Semalam 569

Minggu Ini 4665

Bulan Ini 17002

Jumlah Pelawat 16130136

qrcode
Test

sasasasasasasasa