LENGGONG 29 Oktober 2015 –Kelulusan projek pembangunan sekolah Tahfiz telah mendapat perhatian khusus oleh Kerajaan Negeri Perak.Perkara tersebut ditegaskan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Zambry Abdul Kadir dalam majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan di sini, pagi tadi.

Majlis berkenaan merupakan kesinambungan daripada kejayaan Majlis Pecah Tanah di Batang Padang yang telah berlangsung pada 06 Ogos 2015 lalu.Enam daerah yang terlibat dalam projek pembangunan ini adalah Daerah kerian, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Selama, Batang Padang dan juga Hilir Perak.

Pembinaan projek ini adalah untuk melahirkan golongan professional berteraskan Islam khusus untuk anak-anak Negeri Perak. Sekolah yang berkonsepkan asrama penuh ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan keluasan seluas 18.2 ekar, dan ianya mampu menampung 300 orang pelajar bagi setiap sekolah.

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 03 Februari 2023.

Harini 953

Semalam 1019

Minggu Ini 3849

Bulan Ini 2715

Jumlah Pelawat 17299241

Test

sasasasasasasasa