Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Majlis Kesyukuran Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-86 DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Kuala Kangsar Bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-86 DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang jatuh pada 19 April 2014 yang lalu, satu Majlis Kesyukuran DiRaja telah diadakan pada hari Jumaat 18 April 2014 bertempat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Majlis yang bermula pada jam 12.30 tengahari ini dimulai dengan keberangkatan tiba DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah diiringi DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa serta YAB Menteri Besar Perak, Dato€™ Seri Diraja Dr. Hj. Zambri bin Abdul Kader.

Baginda bersama para jemaah dan hadirin yang hadir telah bersama-sama mengalunkan bacaan Yaasin dan Tahlil. Bacaan Doa Selamat seterusnya dipanjatkan Ke Hadrat Allah S.W.T dengan doa agar Tuanku Sultan dilanjutkan usia serta sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Ampun Tuanku!

Selesai majlis, baginda Raja Dr Nazrin Shah sekali lagi bersama-sama seluruh hadirin menunaikan Solat Fardhu Jumaat secara berjemaah disusuli Majlis Santapan dan Jamuan Makan.

2

3

4

5

6

1

6


Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024. Jumlah Pelawat: 17558378

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH