Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

AMARAN - PATUH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI MASJID DAN SURAU

السلام عليكم ورحمۃ الله وبركاته

TIDAK PATUH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, MASIH SOLAT BERJEMAAH DI MASJID / SURAU

Amat mendukacitakan, masih terdapat masjid dan surau dalam Negeri Perak ini yang masih tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan kerana masih mengadakan solat jemaah melebihi bilangan yang telah ditetapkan.

Solat jemaah adalah fardhu kifayah, menghindari kemudaratan adalah kewajipan, kita bukannya golongan Jabariah, taqwa kita bukan berserah. Bahaya dan kemudaratan telah diketahui, namun terdapat di antara umat masih tidak memahami. Wajarkah kita menzalimi diri sendiri atau menzalimi orang lain.

Sekali lagi saya menyeru kepada semua jawatankuasa masjid dan surau agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan. Patuh kepada pemerintah adalah satu kewajipan.

Semoga dapat dibezakan dengan penuh kesedaran dan ilmu. Solat jemaah adalah fardhu kifayah.

Dato' Hj. Mohd Yusop Bin Hj. Husin
Pengarah
Jabatan Agama Islam Perak
24 Mac 2020


Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 24 April 2024. Jumlah Pelawat: 17562186

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH