Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan


LENGGONG 29 Oktober 2015 –Kelulusan projek pembangunan sekolah Tahfiz telah mendapat perhatian khusus oleh Kerajaan Negeri Perak.Perkara tersebut ditegaskan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Zambry Abdul Kadir dalam majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan di sini, pagi tadi.

Majlis berkenaan merupakan kesinambungan daripada kejayaan Majlis Pecah Tanah di Batang Padang yang telah berlangsung pada 06 Ogos 2015 lalu.Enam daerah yang terlibat dalam projek pembangunan ini adalah Daerah kerian, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Selama, Batang Padang dan juga Hilir Perak.

Pembinaan projek ini adalah untuk melahirkan golongan professional berteraskan Islam khusus untuk anak-anak Negeri Perak. Sekolah yang berkonsepkan asrama penuh ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan keluasan seluas 18.2 ekar, dan ianya mampu menampung 300 orang pelajar bagi setiap sekolah.

  • Laman Utama
  • Makluman
  • Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan

Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 21 Februari 2024. Jumlah Pelawat: 17512420

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH