Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014, Persaraan & Pertukaran, JAIPk
Ipoh, 08 Jun 2015 - Pengarah JAIPk, Ybhg. Dato' Hj. Mohd Yusof b. Hj. Husin telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014, Persaraan serta Perpisahan yang bertempat di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Turut serta ialah YB Dato' Drs. Mohd Nizar b. Zakaria bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Pihak pengurusan mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan staf yang menerima anugerah tersebut. Semoga dengan penganugerahan ini dapat mempertingkatkan lagi prestasi kerja dan memberi sumbangan demi meningkatkan imej JAIPk disamping sebagai pendorong kepada pegawai & staf yang lain dalam usaha untuk meningkatkan prestasi kerja.
Pihak pengurusan juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas warga JAIPk yang bersara atau bertukar. Bekas pegawai dan staf berkenaan juga menerima cenderahati daripada pengarah.