Seminar Al-Quran Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak 1435H/2014M
Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak yang berlangsung pada 7 April 2014 telah diadakan Seminar Al-Quran pada keesokan harinya iaitu pada 8 April 2014 di Dewan Majlis Bandaraya Teluk Intan. Seminar diberi tajuk €œMukjizat Al-Quran Sifa€™ Wa Rahmah€™ ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai mukjizat Al-Quran.
Seminar yang disampaikan oleh Personaliti TV €œAl-Kuliyyah€, AF Ustaz Mohd Fauzi Mustafa ini mendapat perhatian yang memberangsangkan dari penduduk setempat dengan kehadiran yang di luar jangkaan. Acara seterusnya adalah tayangan video bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh para peserta Tilawah pada malam majlis tersebut yang disediakan oleh Bhgn. Penyelidikan, JAIPk.