Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

MAKLUMAN PELANTIKAN BAHARU ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH SERTA ANGGOTA JAWATANKUASA PENTADBIRAN BAGI SEMUA MASJID DAN SURAU DIRI JUMAAT SELURUH NEGERI PERAK

kariah

Sukacita dimaklumkan bahawa, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah memberi perkenan seperti maklumat berikut:-

Pelantikan Baharu Anggota Jawatankuasa Kariah Serta Anggota Jawatankuasa Pentadbiran Bagi Semua Masjid Dan Surau Diri Jumaat Seluruh Negeri Perak berkuat kuasa bermula 01hb Julai 2023 sehingga 30hb Jun 2026.

Pelantikan ini telah ditetapkan dalam Minit Persidangan Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak Kali Ke-225 (Bil. 2/2023) pada 08hb Jun 2023 bersamaan 19hb Zulkaedah 1444H.

Persidangan Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak telah menetapkan bahawa sebarang penamatan, pembatalan, pengantungan, perletakan jawatan atau pengisian kekosongan Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid hanya boleh dibuat tiga bulan selepas tarikh lantikan iaitu bermula 01hb Oktober 2023.

Bagi menepati peruntukan Peraturan (12) Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015, adalah dipohon kepada anggota Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid yang lama supaya menyerahkan segala dokumen dan tugasan yang berkaitan kepada anggota Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid yang baharu dilantik ini.

Untuk mendapatkan Senarai Pelantikan Keanggotaan Jawatankuasa Kariah & Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Sesi 01hb Julai 2023 - 30hb Jun 2026, boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah di lokasi tuan/puan.

  • Laman Utama
  • Makluman
  • MAKLUMAN PELANTIKAN BAHARU ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH SERTA ANGGOTA JAWATANKUASA PENTADBIRAN BAGI SEMUA MASJID DAN SURAU DIRI JUMAAT SELURUH NEGERI PERAK

Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 20 September 2023. Jumlah Pelawat: 17406452

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH