IPOH - Perak mencatatkan 14 kes jenayah di rumah ibadat seperti masjid, kuil, tokong, gereja dan gurdwara dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata, ia melibatkan kes pecah masuk masjid, mencuri tabung dalam bangunan, khianat dan lain-lain lagi.

"Tahun lepas, Perak mencatatkan sebanyak 38 kes jenayah di masjid manakala 23 kes di rumah ibadat selain masjid. Kebiasaannya rumah ibadat ini dipecah masuk untuk mencuri duit tabung yang ada di situ.

"Kalau tiada duit di dalam tabung maka mereka akan buat kacau dengan pecahkan pintu, tingkap dan sebagainya.

"Walaupun tidak membimbangkan tapi kita tidak mahu perkara ini menular di rumah-rumah ibadat," katanya semasa sidang media pada Program Pemuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) di Auditorium Pengkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLGPU) di sini pada Jumaat.

Faridalathrash berkata, bagi mengekang perkara tersebut daripada berulang, program Satu Masjid Satu Polis yang terjalin sejak 2016 dengan kerjasama JAIPk dan ahli jawatankuasa masjid itu akan diperluaskan serta diperhebatkan lagi.

"Seorang pegawai polis perhubungan masjid akan dilantik untuk melaporkan dan berkongsi maklumat dengan masyarakat dalam usaha mewujudkan persekitaran masjid yang selamat dan bebas jenayah," katanya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/199287/EDISI/Perak-catat-14-kes-jenayah-di-rumah-ibadat


Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 25 November 2022.

Harini 68

Semalam 389

Minggu Ini 457

Bulan Ini 18544

Jumlah Pelawat 17151047

Test

sasasasasasasasa