Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Hmetro 2 Mac - Perak benar nikah di dewan

Noor Hidayah Tanzizi
Selasa, 2 Mac 2021 @ 7:37 PM

Ipoh: Perak membenarkan majlis akad nikah dilangsungkan di dewan hotel atau dewan komuniti serbaguna, masjid, surau dan Pejabat Agama berkuat kuasa Jumaat ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, jumlah kehadiran tetamu adalah 50 peratus daripada kapasiti premis dan tidak melebihi 250 orang.

Menurutnya, pelaksanaan majlis di masjid dan surau perlu mendapat kebenaran daripada pengerusi premis dan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (PTAID) untuk Pejabat Agama dengan mengamalkan norma baharu.

"Pendaftar atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' Negeri Perak (PPNCR) bertanggungjawab terhadap pematuhan kepada Hukum Syarak dan Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004, memaklumkan tatacara kepada pihak pengantin sebelum majlis dan memaklumkan dengan segera kepada PTAID sekiranya beliau tidak sihat.

"Selain itu, pasangan wali hakim hendaklah mendapat kebenaran daripada PTAID berkenaan, dan pendaftar atau PPNCR perlu memastikan rukun nikah, membaca takliq selepas majlis akad nikah, tiada berjabat tangan ketika lafaz ijab dan qabul dan penjarakan fizikal setiap individu yang hadir," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak pengantin bertanggungjawab berhubung dengan pendaftar atau PPNCR di kariah masing-masing untuk menentukan tarikh, masa dan tempat majlis akad nikah akan dilaksanakan.

Katanya, mereka juga perlu mematuhi peraturan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selain bertanggungjawab sepenuhnya di atas pelanggaran mana-mana peraturan yang dikuatkuasakan.

"Jumlah kehadiran 50 peratus daripada kapasiti premis dan tidak melebihi 250 individu termasuk PPNCR, wali, pengantin lelaki dan perempuan serta dua orang saksi.

"Majlis boleh ditangguhkan atau dibatalkan oleh PTAID atau PPNCR sekiranya tatacara itu tidak dipatuhi atau arahan daripada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' Negeri Perak (KPNCR)," katanya.

Artikel Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/679887/perak-benar-nikah-di-dewan



Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 24 April 2024. Jumlah Pelawat: 17562015

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH