Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sinar Harian (13 Julai 2023) - JAIPk buat semakan segera aduan maahad tahfiz

Sinar Harian (13 Julai 2023) - JAIPk buat semakan segera aduan maahad tahfiz


IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuat semakan lanjut aduan pengurusan sebuah maahad tahfiz di Langkap, Teluk Intan berhubung pembinaan rumah di hadapan pintu masuk sekolah itu sejak bulan lalu.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, maklumat terperinci diperlukan sebelum tindakan lanjut dapat diambil bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya akan siasat perkara ini dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pegawai tadbir agama di daerah itu," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sinar Harian melaporkan pengurusan Maahad Tahfiz Wa Dirasah Al-Islamiah meminta campur tangan kerajaan negeri berikutan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pembinaan kerana tapak tersebut telah dijadikan lot tanah pemilikan individu.

Kedudukan binaan itu dikatakan bukan sahaja berbahaya, malah tidak masuk akal kerana terlalu hampir dengan pagar utama yang menjadi laluan keluar masuk pelajar dan guru.

Satu surat bantahan juga telah dikemukakan kepada Menteri Besar Perak pada 7 Julai lepas bagi menangguhkan pembinaan rumah tersebut.


Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 26 April 2024. Jumlah Pelawat: 17563315

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH