Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

AL-QURAN telah berulang-ulang kali menyeru seluruh mukminin untuk memikirkan, mereflek dan belajar tentang ilmu-ilmu yang boleh membawa mereka lebih dekat kepada Allah s.w.t dan makhluk ciptaan-Nya. Al Quran menggunakan perkataan yang berulang-ulang untuk menekankan beberapa kata kunci untuk membangkitkan kesedaran kepada pendengar-pendegarnya. Allah telah diulang sebanyak 2,800 kali dan Rab telah diulang sebanyak 950 kali di dalam Al quran, manakala perkataan Ilmu telah diulang sebanyak 750 kali.

Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan umat islam untuk menuntut ilmu selagi mana termampu dan mencarinya (Ilmu) sepanjang masa.

Atas dasar mengikuti suruhan Rasulullah s.a.w., pemimpin Muslim menekankan agar setiap kanak-kanak Muslim menuntut ilmu dan mereka sendiri telah memberi sokongan padu kepada institusi pendidikan dan pembelajaran secara keseluruhannya. Maka dengan ini, pendidikan awal telah menjadi satu kepentingan yang lazim bagi umat islam. Wilds mengatakan bahawa €˜pendidikan adalah satu aspek yang diberi focus oleh umat Islam yang membolehkan mereka mencipta dan membangunkan tamadun yang mantap. Pendidikan adalah satu nilai yang sangat dititikberatkan dalam hidup dan pembangunan individu Muslim hinggakan jarang sekali dapat dijumpai seorang Muslim yang tidak boleh membaca atau menulis . Scott mengatakan bahwa €˜ketika Islam memerintah Sepanyol, tiada satu kawasan kampung pun yang tidak dilengkapkan dengan sistem pendidikan yang boleh dihadiri oleh setia kanak-kanak dari setiap keluarga. Di Cordova, terdapat 800 buah sekolah umum yang dihadiri oleh Muslim, Kristian dan Yahudi dimana pembelajaran melalui cara syarahan dilakukan. Orang-orang Islam di Sepanyol menerima ilmu pada masa yang sama dan keadaan yang sama seperti yang diterima oleh orang yang melakukan haji dari Asia Minor (kawasan semenanjung barat Asia di antara laut Hitam dan Laut Mediterranian) dan Arab, dari German, Perancis dan Britain.

Di dalam Universiti Islam yang hebat di Cordova, orang Yahudi dan Kristian juga dinobatkan sebagai professor. Intitusi pendidikan ini sangatlah disanjungi sehinggakan para guru dan pelajar ditempat ini dipandang tinggi oleh para masyarakat sekeliling. Malahan, perpustakaan-perpustakaan besar yang dimiliki oleh para pedagang dan hartawan seperti yang terdapat di zaman Renaissance 600 tahun selepas itu, melambangkan bahawa mereka adalah golongan atasan. €˜Jarang sekali dijumpai dalam budaya-budaya lain Pedersen mengatakan bahawa pencarian ilmu mempunyai peranan yang penting seperti yang diletakkan kedudukannya oleh Islam dalam hayat setiap umatnya. Ilmu yang mana merupaka satu komponen penting dalam hidup para intelek, turut menjadi agenda penting oleh setiap Muslim. Hidup mereka yang berkisar di dalam masjid telah tersebar keluar dan mempengaruhi masyarakat sekeliling. Setiap tempat , dari masjid hingga ke hospital, observatory dan madrasah adalah tempat belajar.

Para ilmuan juga menyampaikan ilmu kepada orang ramai dirumah mereka sendiri. Al-Ghazali, Al-Farabi dan Ibnu Sinna yang mengajar di sekolah-sekolah awam, akan menyambung pengajaran mereka di bilik-bilik belajar dan perpustakaan kepada mereka-mereka yang dijemput.


Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 26 April 2024. Jumlah Pelawat: 17563101

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH