Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Bahagian Pendidikan

BAHAGIAN PENDIDIKAN
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
TINGKAT 7, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN
No. Telefon : 05-2084800

SEJARAH PENUBUHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN

Sejarah penubuhan bermula pada tahun 1917 dengan wujudnya Sekolah Quran di Bukit Chandan. Tahun 1949, Sekolah Quran telah berpindah ke Ipoh apabila tertubuhnya Majlis dan Jabatan Ugama. Dengan penubuhan itu, Sekolah Quran dimansuhkan dan matapelajaran Quran diajar di Sekolah Melayu sebagai matapelajaran tambahan kepada subjek Ugama Islam. Urusan pelajaran Ugama Islam dikendalikan oleh seorang Nazir dengan dibantu oleh tiga orang Penolong Nazir. Tahun 1971, Majlis dan Jabatan Ugama telah berpindah buat kali keempat dari Pejabat Kemajuan Jalan Kelab ke Jabatan Agama Islam (sekarang Pejabat Keselamatan Dalam Negeri).

Tahun1975, guru-guru agama Negeri Perak diserap ke Kementerian Pelajaran namun begitu Unit Pelajaran di Majlis dan Jabatan Ugama dikekalkan untuk mentadbir 180 buah Sekolah Agama Rakyat (Rendah), 13 buah Sekolah Menengah Agama Daerah, 13 buah Sekolah Menengah Agama Biasa serta 2 buah Sekolah Menengah Agama Negeri. Peruntukan Kewangan untuk Sekolah Agama seluruh negeri Perak telah dibayai oleh Kerajaan Negeri dan Majlis.

Satu seminar telah diadakan diantara Ulama Negeri Perak, Guru-guru Agama Kerajaan Negeri Perak dan Persatuan Guru Sekolah Agama Rakyat telah mengambil keputusan untuk mewujudkan 2 kurikulum di Sekolah Agama Kerajaan Negeri iaitu Aliran Syariah dan Aliran Sains. Hasilnya tertubuhlah Pusat Matrikulasi Sains Perak. Tahun 1977, Unit Pelajaran Zon Utara dan Selatan diwujudkan, walaubagaimanapun Kerajaan Negeri telah melantik seorang ketua bagi mengelola Unit berkenaan.

OBJEKTIF BAHAGIAN PENDIDIKAN

  • Memastikan wujudnya celik akal dan celik agama di kalangan anak-anak Islam negeri Perak.

  • Meningkatkan kualiti di samping menambahkan kuantiti institusi-institusi pengajian agama Negeri Perak di tahap yang maksimum.

  • Memastikan ahli fikir Islam lahir di negeri Perak.

  • Menerapkan nilai-nilai Islam di setiap peringkat kehidupan masyarakat.

  • Melahirkan generasi yang berwawasan, mampu mengimbangkan antara keperluan rohani dan jasmani untuk memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah proses pembinaan dan penyempurnaan insan mukmin yang berilmu, berhikmah, berketrampilan, beriltizam dengan nilai-nilai kesolehan dan setia melaksanakan tanggungjawab pengabdian serta kebaktiannya sebagai hamba Allah dan khalifahNya. Berpandukan petunjuk wahyu dan berlandaskan Aqidah Islamiah yang berteraskan tauhid usaha ini bermatlamat membentuk peribadi rabbani yang terpadu, seimbang dan murni demi mencapai keredhaan Allah.

VISI

  • Menjadikan Negeri Perak Darul Ridzuan pusat pendidikan yang dapat melahiurkan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

MISI

  • Memantapkan sistem pendidikan di sekolah-sekolah agama supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan bertaqwa kepada Allah.

FUNGSI

Unit Pentadbiran :

  • Menguruskan belanjawan Bahagian Pendidikan daripada MAIAMPk dan Kerajaan Negeri.

  • Menguruskan perjawatan guru-guru dan kakitangan SMAN, Maahad Tahfiz Kerajaan Negeri dan Bahagian Pendidikan.

  • Menuruskan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah guru-guru SMAN.

  • Menguruskan penempatan guru-guru selepas Kursus Perguruan.

  • Menguruskan Laporan prestasi Bahagian Pendidikan untuk KPI JAIPk dan MAIAMPk.


Unit Kurikulum :
  • Menguruskan Program Kecemerlangan SMAN/SMAR

  • Menguruskan pelaksanaan kurikulum Aliran Perdana dan Aliran Azhariah di SMAN/SMAR dan Maahad Tahfiz.

  • Menguruskan pengumpulan data peperiksaan awam.

  • Membuat analisa prestasi pencapaian peperiksaan untuk SRAR/SMAN/SMAR/MAAHAD TAHFIZ.

  • Tadika Islam Perak


Unit Hal Ehwal Murid dan Ko-Kurikulum

  • Menguruskan Majlis Intifal Sekolah Agama Peringkat Daerah, Zon dan Negeri Perak.

  • Menguruskan Karnival Sukan Sekolah Menengah Agama peringkat negeri Perak.

  • Menguruskan kemasukan pelajar ke tingkatan 2,4 dan 6 SMAN.

  • Menguruskan Program Kepimpinan Pelajar SMAN.

  • Menguruskan Kontijen Perak ke KESSUMA (Kejohanan Sukan Sekolah Agama Peringkat Zon Utara dan Timur Semenanjung Malaysia)

  • Menguruskan SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) SMAN/SMAR/SRAR.


Unit Peperiksaan dan Penilaian

  • Menguruskan Ujian Kelayakan ke Tingkatan 1 SMAN dan Tahfiz Kerajaan Negeri Perak.

  • Menguruskan permohonan pelajar ke luar negara (Jordan, Mesir, Morocco)

  • Menguruskan peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) tahun 6 KAFA.

Unit Agama

  • Menguruskan kurikulumdan peperiksaan I'dadi, Thanawi dan STAM.

  • Menguruskan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar STAM.

  • Menguruskan program Tahfiz Sains SMAN dan MAAHAD Tahfiz Kerajaan Negeri Perak.

  • Menguruskan kemasukan pelajar baru STAM di SMAN.

  • Menguruskan pelantikan dan penempatan guru-guru Idadi dan Thanawi.


Unit KAFA

  • Menguruskan pelantikan dan penempatan penyelia dan guru KAFA

  • Menguruskan kewangan KAFA

  • Menguruskan Peperiksaan UPKK

  • Menguruskan Pas Lawatan Ikhtisas pelajar luar negara

  • Menguruskan Buku Teks KAFA


Unit Perhubungan dan Latihan

  • Menguruskan latihan guru dan kakitangan Sekolah Agama dan Bahagian Pendidikan

  • Menguruskan bajet untuk latihan, bengkel dan kursus daripada MAIAMPk, JAKIM dan Kerajaan Negeri.

  • Menguruskan Program Hari Profesionaliisme Guru SMAN dan Maahad Tahfiz Kerajaan Negeri Perak


Unit Data, Pembangunan Sekolah dan Multimedia

  • Menguruskan data sekolah, guru dan murid sekolah-sekolah yang berdaftar di bawah kawalan Enakmen kawalan Sekolah Agama Islam Negeri 1996.

  • Menguruskan bantuan Perkapita dan pembangunan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Kerajaan Negeri Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

  • Menguruskan Laman Web, Blog dan Facebook


Unit Naziran dan Pendaftaran

  • Menguruskan pendaftaran baru Sekolah-sekolah Agama Rakyat

  • Menguruskan bantuan untuk pembangunan Sekolah-sekolah Agama
  • Menyelia proses pembangunan yang diluluskan Menyelia akaun kewangan Sekolah-sekolah Agama Rakyat

  • Memantau Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan melakukan tugas-tugas khas


Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 19 Disember 2024. Jumlah Pelawat: 17755161

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH