Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Bahagian INTIM

INSTITUT TADBIRAN ISLAM PERAK (INTIM)
JALAN RAJA MUSA MAHADI
31400 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
No. Telefon : 05-5421203
No. Faks : 05-5421201 (Pentadbiran) 05-5421202 (Latihan)
Media Sosial : www.facebook.com/intim.perak

PROFIL INTIM

  • INTIM adalah sebuah institut yang dibangunkan untuk menyediakan keperluan latihan kepada anggota JAIPk dan masyarakat Islam di negeri Perak.
  • INTIM telah dibina di atas tapak seluas 11 ekar di Lot 13764 di dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh bersama-sama dengan sebuah Masjid dan beberapa buah kuarters untuk pegawai dan anggota INTIM.
  • Fokus utama kewujudan INTIM adalah bagi mengendalikan latihan-latihan dan juga pengurusan Maahad Tahfiz al-Quran Kerajaan Negeri Perak.
  • INTIM juga dijadikan tempat mengadakan program-program ilmiah seperti seminar, ceramah, bangkel dan sebagainya.

MOTTO

“ UMAT ISLAM ADALAH UMAT TERBAIK “

VISI
  • Menjadikan INTIM sebagai sebuah Institusi Tadbiran dan Latihan yang berteraskan Islam
  • Melahirkan Huffaz Yang Berketerampilan Serta Berjiwa Maju Kearah Kesejahteraan Dunia Dan Akhirat.

MISI

  • Menawarkan pelbagai Modul Program Latihan kepada Pegawai-Pegawai di Jabatan Agama Islam Perak bagi merealisasikan Islam sebagai ADDIN.
  • Mendidik Dan Melatih Huffaz Memahami Serta Mendalami Bidang Quran Dan Ulumnya


OBJEKTIF / FUNGSI

  • Melatih Pegawai-Pegawai Jabatan Agama Islam Perak melalui Program Latihan secara profesionalisme dan berkualiti.
  • Melahirkan para hafiz al-quran yang bertaqwa dan memiliki kemampuan untuk berdaya saing