Bahagian Khidmat Pengurusan
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
TINGKAT 3, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN
No. Telefon : 05-2084800
OBJEKTIF
Meninggikan mutu perkhidmatan, pembangunan manusia, mewujudkan keharmonian dan keceriaan jabatan, memperkemaskan dan mengawalselia pengurusan kewangan secara berhemat dan memantau projek-projek pembangunan fizikal jabatan secara berkesan.
FUNGSI UMUM
- Menguruskan hal-hal Pentadbiran Am dan Perkhidmatan
- Menguruskan belanjawan dan kewangan
- Menguruskan hal-hal sumber manusia
- Menguruskan hal-hal berkaitan ICT
- Menyelaras dan melaksanakan projek-projek pembangunan kecil (keagamaan)
- Menyelaraskan program-program / kursus anjuran jabatan.
- Urusetia kepada jawatankuasa peringkat jabatan
FUNGSI UNIT
- UNIT PENTADBIRAN/PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
- Bertindak sebagai penyelia kepada hal-hal pentadbiran, kewangan dan pembangunan JAIPk.
- Menyelaras urusan latihan pegawai dan anggota.
- Menyelaras perhubungan awam jabatan.
- Menyelaras masalah urusan tatatertib dan tatakelakuan semua peringkat pegawai dan anggota.
- Menyelia urusan pengesahan dalam jawatan, gaji, pertukaran, pengambilan, penempatan dan pencen semua peringkat pegawai dan anggota JAIPk.
- UNIT KEWANGAN
- Menyediakan dan menyelaras penyediaan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan JAIPk.
- Mengawalselia peruntukan dan pengurusan kewangan serta laporan perbelanjaan.
- Mengurus pembayaran gaji dan elaun serta lain-lain perolehan jabatan.
- Mengurus dan mengawal sistem pengurusan setor dan inventori jabatan.
- UNIT PEMBANGUNAN
- Menyediakan anggaran perbelanjaan pembangunan.
- Menguruskan perlaksanaan projek-projek pembangunan.
- Menyediakan program jangka pendek dan panjang jabatan.
- Membuat pemantauan dan laporan kemajuan/ pencapaian projek-projek pembangunan.