Pendidikan : Pendidikan Di Dalam Islam
Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan umat islam untuk menuntut ilmu selagi mana termampu dan mencarinya (Ilmu) sepanjang masa.
Atas dasar mengikuti suruhan Rasulullah s.a.w., pemimpin Muslim menekankan agar setiap kanak-kanak Muslim menuntut ilmu dan mereka sendiri telah memberi sokongan padu kepada institusi pendidikan dan pembelajaran secara keseluruhannya. Maka dengan ini, pendidikan awal telah menjadi satu kepentingan yang lazim bagi umat islam. Wilds mengatakan bahawa €˜pendidikan adalah satu aspek yang diberi focus oleh umat Islam yang membolehkan mereka mencipta dan membangunkan tamadun yang mantap. Pendidikan adalah satu nilai yang sangat dititikberatkan dalam hidup dan pembangunan individu Muslim hinggakan jarang sekali dapat dijumpai seorang Muslim yang tidak boleh membaca atau menulis . Scott mengatakan bahwa €˜ketika Islam memerintah Sepanyol, tiada satu kawasan kampung pun yang tidak dilengkapkan dengan sistem pendidikan yang boleh dihadiri oleh setia kanak-kanak dari setiap keluarga. Di Cordova, terdapat 800 buah sekolah umum yang dihadiri oleh Muslim, Kristian dan Yahudi dimana pembelajaran melalui cara syarahan dilakukan. Orang-orang Islam di Sepanyol menerima ilmu pada masa yang sama dan keadaan yang sama seperti yang diterima oleh orang yang melakukan haji dari Asia Minor (kawasan semenanjung barat Asia di antara laut Hitam dan Laut Mediterranian) dan Arab, dari German, Perancis dan Britain.
Di dalam Universiti Islam yang hebat di Cordova, orang Yahudi dan Kristian juga dinobatkan sebagai professor. Intitusi pendidikan ini sangatlah disanjungi sehinggakan para guru dan pelajar ditempat ini dipandang tinggi oleh para masyarakat sekeliling. Malahan, perpustakaan-perpustakaan besar yang dimiliki oleh para pedagang dan hartawan seperti yang terdapat di zaman Renaissance 600 tahun selepas itu, melambangkan bahawa mereka adalah golongan atasan. €˜Jarang sekali dijumpai dalam budaya-budaya lain Pedersen mengatakan bahawa pencarian ilmu mempunyai peranan yang penting seperti yang diletakkan kedudukannya oleh Islam dalam hayat setiap umatnya. Ilmu yang mana merupaka satu komponen penting dalam hidup para intelek, turut menjadi agenda penting oleh setiap Muslim. Hidup mereka yang berkisar di dalam masjid telah tersebar keluar dan mempengaruhi masyarakat sekeliling. Setiap tempat , dari masjid hingga ke hospital, observatory dan madrasah adalah tempat belajar.
Para ilmuan juga menyampaikan ilmu kepada orang ramai dirumah mereka sendiri. Al-Ghazali, Al-Farabi dan Ibnu Sinna yang mengajar di sekolah-sekolah awam, akan menyambung pengajaran mereka di bilik-bilik belajar dan perpustakaan kepada mereka-mereka yang dijemput.