(Kemaskini 1 Mac 2021)
- 1. Mengeluarkan Perakuan Pemelukan Islam dalam tempoh 3 hari bekerja setelah dokumen lengkap diperolehi.
- 2. Mengeluarkan Kad Perakuan Memeluk Agama Islam dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima.
- 3. Mengeluarkan kebenaran berkahwin dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah menerima borang permohonan yang lengkap dan mematuhi hukum syarak.
- 4. Mengambil tindakan terhadap aduan pengurusan nikah, cerai dan rujuk yang diterima dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- 5. Memproses permohonan bantuan perkapita sekolah agama dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
- 6. Mengeluarkan surat kebenaran penubuhan institusi pendidikan agama yang membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja.
- 7. Mengeluarkan sijil pendaftaran dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh mesyuarat pendaftaran institusi pendidikan agama setelah mendapat ulasan 4 agensi yang berkaitan.
- 8. Mengeluarkan keputusan pensijilan halal dalam tempoh 60 hari selepas permohonan dan pembayaran yang lengkap diterima.
- 9. Mengeluarkan keputusan tauliah penyembelihan dalam tempoh 3 hari selepas ujian dan temuduga dijalankan.
- 10. Menjalankan penyelidikan ke atas maklumat ajaran dan doktrin yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- 11. Menjalankan penyelidikan ke atas maklumat penyalah gunaan bahan Al-Quran dalam masa tujuh (7) hari bekerja.
- 12. Mengkaji buku-buku, majalah dan bahan disyaki bercangggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.
- 13. Mengambil tindakan penguatkuasaan dalam tempoh 24 jam kepada semua aduan dan maklumat yang diterima atas Kesalahan Jenayah Syariah.
- 14. Memastikan semua Pegawai Jabatan Agama Islam Perak mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
- 15. Memaklumkan keputusan pengambilan pelajar baharu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup permohonan.
- 16. Memproses permohonan penggunaan prasarana Kompleks INTIM dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
- 17. Menyediakan khutbah Jumaat menurut isu semasa dan mengedarkannya selewatnya dua (2) hari sebelum khutbah dibaca.
- 18. Menyelesaikan urusan pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diperolehi.
- 19. Memastikan setiap aduan yang diterima mendapat maklum balas dalam tempoh 14 hari bekerja.