Sinar Harian 28 Mac - Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup tilawah al-Quran
NORMAWATI ADNAN | | 28 Mac 2021
IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutup dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru di sini malam Ahad.
Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Hadir sama, barisan anggota Exco Kerajaan Negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.
Majlis berlangsung selama dua hari sejak Sabtu membabitkan penyertaan hampir 40 peserta.
Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan hadiah kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran iaitu Mohd Kamaruzaman Daud dari daerah Kinta dan Munirah Razali dari Manjung.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej menunaikan haji bernilai RM10,000, plak, sijil dan hadiah iringan.
Tempat kedua kategori qari disandang Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan manakala Mohamad Sahran Termizi di tempat ketiga.
Bagi kategori qariah pula, tempat kedua milik Norhazira Nabila Muhammad Kamel dan Noor Suhaiza Chulan tempat ketiga.
Pemenang naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta plak, sijil dan hadiah iringan.
Johan hafazan kategori 1-30 juzuk lelaki dan wanita tahun ini disandang Abdullah Muhammad Hanif dan Adibah Husni Ahmad Rozaini dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej menunaikan haji bernilai RM10,000, plak, sijil serta hadiah iringan.
Pemenang hafazan kategori 1-20 juzuk dan 1-10 juzuk pula masing-masing membawa wang tunai RM6,000 dan RM4,000 beserta plak, sijil dan hadiah iringan.
Kesemua johan qari dan qariah tilawah serta hafazan akan mewakili negeri ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 13 hingga 18 Jun depan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/130809/BERITA/Nasional/Sultan-Nazrin-berangkat-ke-majlis-penutup-tilawah-al-Quran