Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sinar Harian (12 Jun 2025) - Nahas pelajar UPSI: Semua masjid di Perak adakan bacaan Yasin, solat hajat

Sinar Harian (12 Jun 2025) - Nahas pelajar UPSI: Semua masjid di Perak adakan bacaan Yasin, solat hajat



IPOH – Semua masjid, Surau Diri Jumaat dan surau di seluruh Perak akan mengadakan bacaan Yasin, tahlil serta solat hajat pada malam ini bagi mendoakan kesejahteraan mangsa tragedi nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Perkara itu diumumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim menerusi satu surat pekeliling yang diedarkan kepada semua Jawatankuasa Masjid, Surau Diri Jumaat dan surau di negeri ini.

Jelasnya, program doa selamat berkenaan akan dilaksanakan selepas solat Maghrib di masjid dan surau masing-masing.

"Tragedi nahas bas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dan meragut 15 nyawa pelajar UPSI telah menggemparkan negara serta mengundang rasa dukacita seluruh rakyat.

"Dengan penuh rasa prihatin, jabatan ini menyeru seluruh masjid dan surau di Perak untuk bersama-sama memohon keselamatan, ketabahan dan kesejahteraan buat para mangsa serta keluarga mereka, selain memohon rahmat ALLAH SWT untuk negeri yang kita cintai ini," katanya dalam surat pekeliling yang dikeluarkan pada Khamis.

Dalam pada itu, Harith Fadzilah turut meminta semua pihak masjid dan surau memberi kerjasama untuk memaklumkan pelaksanaan program berkenaan kepada ahli kariah masing-masing.

Dalam kejadian pada Isnin lalu kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan maut manakala 27 lagi cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah.

Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 54 tahun.

Nahas dipercayai berlaku apabila bas terbabit melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza sebelum hilang kawalan lalu terbalik dan merempuh pembahagi jalan.

  • Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Sinar Harian (12 Jun 2025) - Nahas pelajar UPSI: Semua masjid di Perak adakan bacaan Yasin, solat hajat

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Ogos 2025. Jumlah Pelawat: 17928959

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH