Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sinar Harian (02 Julai 2024) - Pelajar IPT ditangkap khalwat, beri alasan takut sendirian di rumah

Sinar Harian (02 Julai 2024) - Pelajar IPT ditangkap khalwat, beri alasan takut sendirian di rumah

IPOH - Takut bersendirian di rumah kerana rakan pulang ke kampung masing-masing.

Itu alasan diberikan seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) selepas ditangkap bersekedudukan di sebuah pangsapuri dekat Meru Raya di sini pada Isnin.

Serbuan sekitar jam 11.30 pagi hasil maklumat awam itu, pelajar berusia 22 tahun terbabit ditahan bersama pasangannya berusia 20 tahun, juga pelajar di IPT sama oleh sepasukan anggota Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, siasatan mendapati, pasangan berkenaan telah tinggal bersama di kediaman tersebut sejak lebih seminggu lalu.

"Wanita itu memberi alasan bahawa dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang ke kampung.

"Bimbang keselamatan diri, dia menumpang di rumah sewa pasangannya kerana kebetulan rakan lelaki tersebut juga balik bercuti," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Beliau berkata, dua pelajar berkenaan telah dibawa ke Pejabat Penguat kuasa JAIPk bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 54(1) dan (2) Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.

Bagaimanapun katanya, pasangan terbabit telah dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa.

"Pasangan remaja dinasihatkan agar menjaga tingkah laku dan batas pergaulan.

"Masyarakat setempat juga diharap dapat memainkan peranan serta membudayakan amar makruf nahi mungkar dalam mengekang pelakuan maksiat dalam kalangan umat Islam," katanya.



  • Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Sinar Harian (02 Julai 2024) - Pelajar IPT ditangkap khalwat, beri alasan takut sendirian di rumah

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 19 Disember 2024. Jumlah Pelawat: 17755216

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH