Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Harian Metro (10 Mei 2024) - Kilang guna sijil halal tamat tempoh, produk pau & kopi disita

Harian Metro (10 Mei 2024) - Kilang guna sijil halal tamat tempoh, produk pau & kopi disita

Ipoh: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan ke atas sebuah kilang memproses pau dan kopi di Tanjung Malim yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kilang yang beroperasi sejak lebih 50 tahun lalu dan mempunyai empat cawangan didapati masih menggunakan sijil halal yang tamat tempoh iaitu pada September 2022.

Beliau berkata operasi bersepadu yang dilaksanakan bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dibuat daripada hasil semakan ke atas pemegang sijil halal yang masih menggunakan logo halal walaupun telah tamat tempoh sah.

"Pengusaha pau tersebut telah dinasihati oleh pihak JAIPk untuk memperbaharui permohonan sijil halal namun perkara tersebut tidak diendahkan.

"KPDN menahan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun yang dipercayai pemilik kilang tersebut dan keterangannya telah dirakam ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata tindakan telah diambil mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dengan menyita pau dan kopi yang dianggarkan bernilai RM30,000 kerana menggunakan logo halal tanpa diperakui oleh JAIPk.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Perintah 8 (a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal.


Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 19 Disember 2024. Jumlah Pelawat: 17755286

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH