PERTANDINGAN NASYID SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H
Sempena sambutan Maulidur Rasul 1446H / 2024M, Jabatan Agama Islam Perak menjemput penjawat awam negeri, penjawat awam persekutuan dan kakitangan agensi badan berkanun Negeri Perak untuk menyertai pertandingan nasyid.
Syarat dan borang penyertaan boleh didapati dengan mengimbas QR yang tertera pada poster pertandingan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 02 Oktober 2024 (Rabu), jam 12.00 tengah hari. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Agama Islam Perak di talian 052084836.