Saya menyeru dan merayu kepada ahli jawatankuasa kariah dan ahli jawatankuasa surau serta umat Islam agar mematuhi larangan tidak mengunjungi masjid dan surau untuk solat berjemaah termasuk solat jumaat (kecuali imam, bilal dan siak yang bertugas).
Larangan yang dikeluarkan itu telah mengambil pandangan ulama' termasuk Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Pohon kerjasama semua dalam menghadapi wabak seperti ini tidak ada di antara kita yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Patuh dan taatlah kepada 'ulil amri' .
Dato' Hj. Mohd Yusop Bin Hj. Husin
Pengarah
Jabatan Agama Islam Perak