Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Perhimpunan Bulanan 3/2018
12 Julai 2018 (Khamis), Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Perhimpunan Bulanan Siri 3/2018 JAIPk telah diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) yang disambut dengan meriahnya. Pelbagai jenis juadah disediakan mengikut bahagian, pejabat agama daerah dan sekolah mengikut tema yang diberi.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Booth Menarik Dan Mengikut Tema dan Persembahan Video. Persembahan video terdiri daripada 5 kategori dan ia dimenangi oleh:- 1) Video Gempaq - Sekolah Menengah Dr. Nazrin Shah 2) Video Kreatif - Bahagian Khidmat Pengurusan 3) Video Meletop - Bahagian Pembangunan Keluarga 4) Video Sempoi - Pejabat Agama Daerah Muallim 5) Video Bermesej - Bahagian Penguatkuasaan
Penyediaan Booth menarik dan mengikut tema serta persembahan video menarik yang berdurasi 2 - 3 minit dimenangi oleh :- 1) Bahagian Pembangunan Keluarga 2) Bahagian Khidmat Pengurusan 3) Bahagian Penyelidikan