Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Perak
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Perak
IPOH, 31 OGOS 2017 – Syabas diucapkan kepada Kontinjen Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kerana berjaya merangkul Tempat Ke-3Kontinjen Kawad Terbaik kategori Jabatan Kerajaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Perak telah berlangsung pada 31 Ogos 2017 yang lalu dianggotai seramai 55 orang pesrta. Turut membanggakan, ketiga-tiga Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di bawah selian Jabatan Agama Islam berjaya merangkul kejuaraan Kontinjen Kawad Terbaik Kategori Sekolah Menengah iaitu :
Tempat Pertama : Sekolah Raja Dr.Nazrin Shah
Tempat Kedua : Sekolah Izzuddin Shah
Tempat Ketiga : Sekolah Raja Perempuan Taayah
Turut berangkat hadir bagi memeriahkan Sambutan Kemerdekaan Ke- 57 Peringkat Negeri Perak, DYMM Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Tahniah diucapkan! Semoga Sambutan Hari Kebangsaan kali ini menyatupadukan kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan harmoni. Amin.