Program Nikah Jamaie Syarie Peringkat Negeri Perak 2014
IPOH, 16 SEPTEMBER 2014 – Alhamdulillah, program Nikah Jamaie Syarie Peringkat Negeri Perak 2014 telah berlangsung dengan sempurnanya pada 16 September 2014 yang lalu bertempat di Masjid Sultan Idris Shah II. Untuk edisi tahun ini, seramai 38 pasangan pengantin termasuk Orang Asli dan saudara baru dinikahkan beramai-ramai oleh 20 jurunikah bertauliah JAIPk yang mana turut disaksikan oleh keluarga masing-masing.
Majlis yang bermula seawal jam 8 pagi ini berlangsung dengan cukup meriah bermula dengan taklimat kepada peserta, sesi khutbah nikah, sesi ijab qabul, solat sunat nikah dan sesi penyerahan mas kahwin, penyerahan tanggungjawab, majlis perarakan pengantin, majlis makan beradab dan sesi fotografi.
Penganjuran program ini adalah khusus untuk memberi peluang kepada golongan tertentu terutamanya bagi mereka yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah untuk melangsungkan pernikahan mengikut syariat Islam.
Para Jurunikah dan pengantin lelaki bersiap sedia sebelum majlis bermula.
Exco Pendidikan Islam Negeri, YB Mohd Nizar Zakariaturut hadir memeriahkan acara.