Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sinar Harian 27 Mac 2023 - Video solat laju: JAIPk siasat, beri teguran

 

Video solat laju: JAIPk siasat, beri teguran

oleh NORMAWATI ADNAN27 Mac 2023 02:38pm

 

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuat siasatan lanjut berhubung bacaan imam dalam solat tarawih di sebuah masjid di negeri ini sepertimana video tular di media sosial pada Ahad.

 

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, tindakan lanjut termasuk teguran akan diberikan sekiranya didapati bacaan berkenaan tidak menepati hukum tajwid.

"Setakat ini belum ada laporan dibuat, namun sekiranya kami dapati bacaan imam tidak menepati hukum tajwid, maka teguran akan diberikan kepada pihak berkenaan," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Video berdurasi 1 minit 29 saat itu dimuat naik di laman Twitter sejak Jumaat menunjukkan sekumpulan jemaah menunaikan solat tarawih di sebuah masjid di Perak.

Keadaan itu menjadi pertikaian orang ramai apabila solat lapan rakaat itu didirikan dengan cepat dan hanya selesai dalam tempoh 10 minit.

 

Untuk artikel penuh, sila ke pautan https://www.sinarharian.com.my/article/251613/edisi/perak/video-solat-laju-jaipk-siasat-beri-teguran


Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 19 Disember 2024. Jumlah Pelawat: 17755390

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH