Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Harian Metro ( 7 Ogos 2025 ) - JAIPk bangunkan teknologi AI bantu jawab kemusykilan agama

Harian Metro ( 7 Ogos 2025 ) - JAIPk bangunkan teknologi AI bantu jawab kemusykilan agama



Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membangunkan pembantu maya berteraskan syariah untuk menjawab soalan hukum asas sekali gus menyaring kandungan media sosial yang menyeleweng sebelum tular.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia adalah sebahagian daripada permulaan kepada pendedahan awal teknologi AI kepada warga JAIPk.

Menurutnya, pihaknya menyifatkan keadaan itu adalah langkah membuka ruang untuk meneroka potensi AI dalam memperkukuh perkhidmatan agama.

Katanya, potensi AI dalam bidang agama amat luas bermula penghasilan kandungan dakwah automatik, analisis isu agama di media sosial, terjemahan automatik sehingga kepada pengesanan kecenderungan sosial.

"Perkembangan AI yang tidak terkawal boleh membawa risiko besar kepada manusia, tetapi sebagai umat Islam kita mesti melihat teknologi sebagai peluang jika dipandu dengan wahyu.

"Peringatan ini menuntut kita memastikan kemajuan teknologi sentiasa berpandukan prinsip Maqasid Syariah.

"Kesemua inisiatif ini membuktikan Malaysia berada di landasan kukuh untuk membangunkan ekosistem AI patuh syariah, yang menggabungkan tuntutan agama dengan kemajuan teknologi demi kebaikan ummah," katanya.

Saarani berkata demikian ketika berucap merasmikan program Nadwah Mendepani Cabaran Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Kerangka Syariah Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JAIPk Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Katanya, dalam bidang agama pula, AI boleh membantu pengurusan masjid termasuk menganalisis kehadiran jemaah, selain menjadi platform dakwah pintar yang memberi jawapan tepat berdasarkan sumber yang sahih.

Sementara itu, Harith Fadzilah berkata, AI muncul sebagai kekuatan transformatif maka JAIPk perlu bersedia untuk menerima dan mengadaptasi teknologi Al dalam kerangka syariah yang kukuh.

Menurutnya, AI boleh membantu antaranya melalui perkhidmatan kaunter dan interaksi awam seperti "chatbot'" Al yang beroperasi 24 jam sehari untuk menjawab soalan asas berkaitan nikah, cerai, rujuk dan isu-isu agama.

Katanya, keadaan itu secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kerja kakitangan serta mempercepatkan respons kepada masyarakat.

"Dalam pengurusan zakat dan wakaf pula, AI dapat menganalisis data pembayar zakat, mengesan golongan asnaf dan menguruskan agihan zakat serta aset wakaf dengan lebih cekap dan telus bagi memastikan setiap sen yang diamanahkan sampai kepada mereka yang berhak," katanya.


Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Ogos 2025. Jumlah Pelawat: 17928806

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH