Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Harian Metro (12 Disember 2023) - Bacaan Qunut Nazilah di surau, masjid di Perak diteruskan

Harian Metro (12 Disember 2023) - Bacaan Qunut Nazilah di surau, masjid di Perak diteruskan



Ipoh: Bacaan doa Qunut Nazilah di masjid dan surau seluruh Perak akan diteruskan selagi mana kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Gaza dan Palestin masih tidak berkesudahan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata bacaan Qunut Nazilah khususnya di setiap solat fardu berjemaah digalak untuk terus dilaksanakan.

"Kita teruskan lagi (Qunut Nazilah), tiada masalah selagi mana (musibah menimpa) sahabat-sahabat kita di Gaza masih lagi belum selesai.

"Kita teruskan dan banyakkan berdoa, (termasuk) kita buat Qunut Nazilah di setiap sembahyang fardu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea Pelancaran TVET Anak Yatim di TAJ International College, di sini petang semalam.

Sementara itu, Harith Fadzilah berkata peruntukan RM15 juta yang diluluskan menerusi Bajet 2024 Perak Jumaat lalu adalah untuk baik pulih dan bina masjid serta surau dengan keutamaan diberikan kepada yang sudah daif.


Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 19 Disember 2024. Jumlah Pelawat: 17755087

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH