Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sinar Harian (27 Ogos 2023) - 14 individu beragama Islam ditahan minum arak

Sinar Harian (27 Ogos 2023) - 14 individu beragama Islam ditahan minum arak


IPOH - Seramai 14 individu beragama Islam termasuk tiga wanita ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) selepas didapati mengambil minuman keras di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Ekram di sini, Jumaat lalu.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, pemeriksaan sekitar jam 11.45 malam itu dijalankan oleh sepasukan 30 penguat kuasa agama bersama 11 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

"Terdapat 39 pengunjung beragama Islam telah berada dalam premis tersebut dan dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan JAIPk bagi menjalani ujian saringan alkohol.

"Hasil ujian tersebut, 14 orang berusia 20 hingga 51 tahun didapati positif alkohol," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut seksyen Seksyen 59 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 atas kesalahan meminum minuman yang memabukkan.

"Kesemua mereka kemudian dilepaskan dengan bon jamin penguatkuasa dengan seorang penjamin dalam kalangan keluarga terdekat mengikut seksyen 23 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004.

"Mereka diperintahkan hadir ke JAIPk pada 4 hingga 6 September ini untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya.



Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 19 Disember 2024. Jumlah Pelawat: 17755094

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH