
WANITA HEBAT PERAK, INILAH MASANYA UNTUK DIANGKAT DAN DIHARGAI
Di sebalik kekuatan sesebuah ummah, sering berdiri seorang wanita luar biasa, yang ikhlas dan berjuang menggerakkan perubahan dengan penuh hikmah.
Dialah yang memberi tanpa jemu, memimpin dengan hikmah, berkorban tanpa meminta balasan dan dalam diam, membina generasi serta mengangkat martabat Islam.
Bersempena Sambutan Kemuncak Maal Hijrah Negeri Perak 2026M/1448H, pencalonan kini dibuka bagi Anugerah Siti Khadijah (Wanita) iaitu sebuah pengiktirafan istimewa buat wanita yang telah menyumbang dengan penuh dedikasi kepada agama, masyarakat dan negara.
Anugerah penuh makna ini bakal disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Pencalonan terbuka kepada wanita yang cemerlang dalam bidang:
• Korporat & Pentadbiran
• Pendidikan & Dakwah
• Sukarelawan & Kemasyarakatan
• Ekonomi & Kekeluargaan
Wanita-wanita hebat ini diangkat until terus menjadi inspirasi bagi membina lebih ramai generasi wanita hebat di masa depan. Kerana setiap wanita hebat yang diiktiraf hari ini… akan melahirkan lebih ramai wanita hebat pada masa hadapan.
Calonkan sekarang. Angkat nama mereka. Ceritakan perjuangan mereka.