
Jom sertai Ujibakat Tilawah dan Hafazan Al Quran Sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1447H/2026M.
Syarat Tilawah Al-Quran
* Warganegara Malaysia
* Beragama Islam
* Berumur 18 tahun ke atas
* Bermastautin sekurangnya 6 bulan di negeri Perak.
Syarat Hafazan Al-Quran
* Warganegara Malaysia
* Beragama Islam
* Berumur 7 tahun hingga 25 tahun. (Umur tidak lebih 25thn pada tarikh 9 April 2026)
* Pemohon merupakan anak kelahiran negeri Perak. Kad Pengenalan (08/36/37/38/39).
* Penyertaan melalui institusi/sekolah perlu dapatkan pengesahan dari pihak institusi/sekolah tersebut.
* Peserta yang menyertai hafazan di negeri lain tidak dibenarkan menyertai sebarang pemilihan di negeri Perak. Penyertaan akan terbatal, jika didapati berbuat demikian.
* Kategori yang di pertandingkan:
>> Kategori 1-10 Juzuk dan Taranum
>> Kategori 1-20 Juzuk
>> Kategori 1-30 Juzuk dan Tafsir
Tarikh Tutup Penyertaan : 25 Disember 2025 (Khamis)
Sila scan QR di Poster untuk pendaftaran.