Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

PENCALONAN ANUGERAH SITI KHADIJAH (WANITA) SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1447H / 2025M NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

khadijah2025

Sempena sambutan Maal Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan 1447H/2025M, Jabatan Agama Islam Perak menjemput tuan/puan untuk bersama-sama mencalonkan seorang insan yang bersesuaian dan berkelayakan untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siti Khadijah (Tokoh Wanita Islam).

Maklumat lanjut dan pencalonan boleh dilakukan melalui scan QR Code pada poster atau klik pada pautan ini https://forms.gle/P2vwqC5BYe7htjn4A

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 26 Mei 2025 (Isnin) sebelum jam 4.00 petang

Jom sama-sama mengangkat insan istimewa ini agar jasanya disanjung dan diberi penghargaan sewajarnya.