MAKLUMAN TALIAN ADUAN: SALAH LAKU TIDAK MENGHORMATI RAMADHAN
MAKLUMAN TALIAN ADUAN: SALAH LAKU TIDAK MENGHORMATI RAMADHAN
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Perak
Sebagai usaha menjaga kesucian bulan Ramadhan, Jabatan Agama Islam Perak menyediakan talian khas bagi menerima aduan berkaitan salah laku yang tidak menghormati bulan yang mulia ini.
TALIAN TELEFON & WHATSAPP ADUAN: 014-5698896
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 6.00 petang
Aduan boleh dibuat sekiranya berlaku:
Perbuatan makan, minum, atau menghisap rokok secara terang-terangan di tempat awam oleh individu beragama Islam.
Penjualan makanan dan minuman kepada pelanggan beragama Islam untuk dimakan atau diminum secara langsung di premis semasa waktu berpuasa.
Tatacara Penghantaran Aduan:
1. Taip ADUAN SALAH LAKU
2. Nyatakan Nama Pengadu
3. Sertakan Alamat / No Telefon / Emel
4. Berikan Keterangan Aduan secara terperinci
5. Lampirkan Gambar/Video/Dokumen Bukti (jika ada)
Kerjasama masyarakat amatlah dihargai dalam memastikan keharmonian dan keberkatan Ramadhan terus terpelihara. Bersama-sama kita memelihara nilai-nilai Islam demi kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih.