PENCALONAN ANUGERAH IBNU ABBAS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445 H /2023M
Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 1445H/2023M, Jabatan Agama Islam Perak menjemput tuan/puan untuk bersama-sama mencalonkan seorang insan yang bersesuaian dan berkelayakan untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah).
Maklumat lanjut dan pencalonan boleh dilakukan melalui scan QR Code pada poster atau klik pada pautan ini https://bit.ly/tokohdakwah2023
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 27 Ogos 2023 (Ahad)
Jom sama-sama mengangkat insan istimewa ini agar jasanya disanjung dan diberi penghargaan sewajarnya.