BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
TING. 2, KOMPLEKS ISLAM, JLN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB 30000 IPOH
N0. TELEFON : 05-2084800
NO. FAKS : 05-2439008
EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
VISI
- Memperkasakan Jabatan Agama Islam ke arah Pembentukan Khairu Ummah
FUNGSI UTAMA
- Mengurus pelantikan dan menyelaras pelaksanaan tugas-tugas Pendaftar dan Penolong Pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju' negeri Perak
- Menyelaras pentadbiran pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju' negeri Perak.
- Menguruskan pemberian permit kepada syarikat yang mengendalikan kursus praperkahwinan Islam di negeri Perak
- Memberi perkhidmatan kaunseling kekeluargaan kepada masyarakat.
- Menyediakan PPKI dan PPS sebagai tempat rujukan orang awam menyelesaikan masalah.
- Mengadakan program kekeluargaan dengan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan lain-lain jabatan.
UNIT 1: PENDAFTARAN PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU'.
- Memproses permohonan pendaftaran perkahwinan, perceraian dan ruju'.
- Memproses permohonan salinan sijil nikah, cerai dan ruju'.
- Mengurus perlantikan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' dan Wali Hakim.
UNIT 2: PEMBANGUNAN KELUARGA
- Memantau perlaksanaan kursus pra perkahwinan Islam.
- Menyelenggara kursus-kursus kekeluargaan Islam
UNIT 3: KHIDMAT NASIHAT
- Menguruskan aduan dan memberi khidmat nasihat kekeluargaan.
UNIT 4: PUSAT PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM (PPKI) DAN PUSAT PEMBANGUNAN SOSIAL (PPS)
- Menyelaras dan memantau PPKI dan PPS
- Menyelaras publisiti pusat.