Piagam Pelanggan
- Memulakan komunikasi atas semua urusan dengan :
- Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh'
- Memberi layanan mesra, cekap dan amanah kepada semua urusan.
- Menambahkan peningkatan bilangan pemeluk Islam sebanyak 100% setiap tahun.
- Menyebarkan dakwah Islamiah serta berusaha memberi khidmat sosial dan kebajikan yang berkualiti dan terbaik.
- Memantapkan Aqidah Islamiah dan mengambil tindakan segera ke atas sebarang penyelewengan masyarakat Islam.
- Memberikan perkhidmatan rundingcara kepada pelanggan sebaik sahaja permohonan diterima.
- Meluluskan permohonan perkahwinan dalam masa satu (1) minggu.
- Menyediakan khutbah Jumaat menurut isu semasa.
- Menyeragamkan perubahan-perubahan terkini terhadap kurikulum dan ko-kurikulum Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat peringkat rendah dan menengah dari masa ke semasa dalam tempoh tiga (3) bulan.
- Melaksanakan kurikulum dan ko-kurikulum yang telah dirancangkan ke tahap terbaik.
- Berusaha memastikan kelulusan peperiksaan PT3 dan SPM mencapai 70% bagi Sekolah Agama Rakyat.
- Meluluskan permohonan bantuan pembangunan fizikal Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat tidak lewat dari tiga (3) bulan dari tarikh permohonan.
- Berusaha memastikan pencapaian keputusan peperiksaan pangkat terbaik bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM sebanyak 90% bagi Sekolah-Sekolah Agama Negeri.
- Mengambil tindakan penguatkuasaan serta-merta kepada semua aduan dan maklumat yang diterima atas kesalahan jenayah syarak.
- Selesai memproses permohonan halal dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh dikemukakan.
- Memastikan semua pegawai dan kakitangan dapat mengikuti kursus pembangunan manusia setiap tahun.
- Menyelesaikan urusan tuntutan pembayaran kakitangan dalam tempoh dua (2) minggu.
- Mengeluarkan kad pemeluk Islam dalam masa sebulan.