Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) buat julung kalinya bekerjasama dengan Masjid Sultan Azlan Shah di sini bagi menganjurkan Karnival Street Dakwah yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 Mac 2017 (Jumaat) dan berakhir pada 5 Mac 2017 (Ahad).
Antara program yang diatur termasuklah forum santai bersama selebriti, hafalan al-Quran, forum subuh, kuliah dhuha, konsert amal serta pembukaan lebih 70 gerai melibatkan 25 agensi kerajaan dan swasta. Terdapat pameran buku dan jualan buku dengan kadar harga yang murah di bahagian bawah masjid. Juga, ditawarkan khidmat rawatan Islam oleh Darussyifa' Ulu Kinta, Ipoh.