Sinar Harian (07 Januari 2022) - Kes ritual tolak banjir dianggap selesai: JAIPk
IPOH - Kes upacara ritual menolak banjir di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial pada Rabu lepas dianggap selesai selepas empat individu ditahan bagi membantu siasatan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, tangkapan ke atas dua lelaki dan dua wanita itu dibuat di sekitar Ipoh pada Khamis.
Menurutnya, kedua-duanya berusia antara 60 hingga 71 tahun itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah bagi siasatan di bawah Seksyen 14 dan 16 Enakmen Jenayah Syariah 1992 atas kesalahan berhubung dengan maruah agama dan institusinya.
"Dua daripada mereka telah dibawa ke Mahkamah Syariah Ipoh untuk sebutan kes pada Jumaat dan kedua-duanya dilepaskan dengan jaminan wang sebanyak RM3,000, manakala dua lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan penguatkuasaan.
"Dengan itu, kes ini telahpun diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau menasihatkan umat Islam di negeri ini untuk mematuhi hukum syarak dan fatwa yang diwartakan kerajaan Perak.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim sebelum ini menegaskan bahawa, kerajaan negeri telah mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara bomoh yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh pada tahun 2015 di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.
Fatwa yang diwartakan menyebut sebarang upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh Ibrahim menggunakan objek tertentu atau tanpa menggunakan apa-apa objek sama ada untuk tujuan perubatan, perbomohan atau selainnya adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram.
Pada Jumaat, Ibrahim, 71, bersama seorang wanita, Suliaha Abdul Hamid, 62, yang dikenali sebagai 'Puteri Zaleha' telah dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
Siasatan ke atas kedua-dua mereka yang mempunyai hubungan sepupu itu dibuat susulan satu ritual menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/181907/BERITA/Semasa/Kes-ritual-tolak-banjir-dianggap-selesai-JAIPk