Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sinar Harian (4 Mei 2021) - Solat hajat, qunut nazilah di semua masjid di Perak Jumaat ini

SAIFULLAH AHMAD | | 04 Mei 2021

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat hajat dengan membaca qunut nazilah selepas solat Jumaat pada 7 Mei ini agar diberikan perlindungan dan keselamatan daripada ancaman wabak Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, baginda begitu prihatin dan menzahirkan kebimbangan bilangan kes pesakit Covid-19 yang semakin meningkat dengan angka besar.

Menurutnya, selain usaha-usaha kesihatan dan perubatan yang dilakukan, baginda turut menzahirkan titah agar rakyat memohon sebaik-baik dan sebesar-besar pertolongan daripada ALLAH SWT dengan melaksanakan solat hajat serta qunut nazilah tersebut.

"Baginda menzahirkan penghargaan kepada para petugas di barisan hadapan terutama para doktor, jururawat dan kakitangan sokongan kesihatan serta perubatan yang menghadapi tekanan di samping berdepan risiko yang besar.

"Baginda menasihatkan rakyat semasa melakukan persiapan untuk menyambut hari raya, hendaklah disesuaikan dengan normal baharu, menjauhkan diri berkunjung ke tempat yang terdapat perhimpunan yang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Yusop berkata, Sultan Nazrin turut menitahkan semua pihak tanpa kompromi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Kes harian Covid-19 seluruh negara pada 4 Mei yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa mencatatkan 3,120 kes dengan Perak merekodkan 117 kes.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/136960/KHAS/Covid-19/Solat-hajat-qunut-nazilah-di-semua-masjid-di-Perak-Jumaat-ini



Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Thursday 19 December 2024. Total Visitors 17755295

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH