Ujibakat Tilawah dan Hafazan Al Quran Sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1446H/2025M
Jom sertai Ujibakat Tilawah dan Hafazan Al Quran Sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1446H/2025M.
Syarat Tilawah Al-Quran
* Warganegara Malaysia
* Beragama Islam
* Berumur 18 tahun hingga 50 tahun
* Lahir di negeri Perak atau bermastautin sekurangnya 6 bulan di negeri Perak.
Syarat Hafazan Al-Quran
* Warganegara Malaysia
* Beragama Islam
* Berumur 13 tahun hingga 25 tahun. (Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 24 April 2025)
* Lahir di negeri Perak atau bermastautin sekurangnya 6 bulan di negeri Perak.
* Penyertaan melalui institusi/sekolah perlu dapatkan pengesahan dari pihak institusi/sekolah tersebut.
* Peserta yang menyertai hafazan di negeri lain tidak dibenarkan menyertai sebarang pemilihan di negeri Perak. Penyertaan akan terbatal, jika didapati berbuat demikian.
* Kategori yang di pertandingkan:
Kategori 1-10 Juzuk dan Taranum
Kategori 1-20 Juzuk
Kategori 1-30 Juzuk dan Tafsir